
Pengenalan
Kelab Penyayang merupakan sebuah Kelab yang berasaskan konsep yang baru dimana kelab ini dilihat sebagai sebuah Kelab amal yang menjalankan aktiviti-aktivitinya dengan konsisten dan berdisiplin. Kelab Penyayang merupakan sebuah inisiatif Yayasan Budi Penyayang Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi awam untuk memberi siswa-siswi kita peluang untuk mengasah bakat mereka dalam berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan bantuan. Kelab Penyayang dibentuk supaya dapat menjadi teladan kepada persatuan lain di peringkat kampus yang ingin membudayakan semangat kesukerelawan.
Objektif-objektif
Objektif-objektif Kelab adalah :-
a. Untuk mengenalpasti dan mengambil sebuah organisasi kebajikan seperti rumah anak yatim, rumah wargatua atau rumah kanak-kanak istimewa sebagai organisasi angkat, tujuan tersebut adalah untuk memberi bantuan berterusan secara sukarela kepada rumah tersebut.
b. Untuk menolong mahasiswa memahami cara pengurusan organisasi kebajikan supaya mahasiswa dapat menyumbang kepada organisasi-organisasi kebajikan yang memerlukan kepakaran kesukarelawan selepas mereka menamatkan pengajian.
c. Untuk menggalakkan pembentukan sahsiah mahasiswa yang mempunyai sikap penyayang dan saling menghormati antara satu sama lain.
d. Untuk membudayakan kerja sukarela.
Strategi
a) Memilih sebuah organisasi kebajikan yang bersesuaian dan berdekatan dengan kampus masing-masing untuk melaksanakan program dan aktiviti seiring dengan objektif Kelab Penyayang.
b) Memastikan semua ahli Kelab Penyayang terlibat dengan pengurusan seharian atau/dan aktiviti organisasi pilihan secara bergilir-gilir.
c) Memberi peluang kepada semua ahli agar dapat memahami dan menghayati semua aspek perancangan dan perlaksanaan dasar organisasi tersebut.
d) Memastikan Kelab Penyayang dapat berkhidmat dengan organisasi kebajikan yang dipilih secara optimal iaitu sekurang-kurangnya 3 hari seminggu. Ahli-ahli akan menyumbangkan perkhidmatan mereka secara bergilir-gilir.
e) Menyediakan peluang untuk ahli Kelab Penyayang mengaplikasikan apa yang mereka pelajari dari jurusan akademik masing-masing secara kreatif semasa mereka memberi khidmat sukarela untuk pembangunan dan kemajuan organisasi kebajikan yang dipilih.
IPTA DAN IPTS YANG TERLIBAT
- UTM, Skudai, Johor
- UKM, Bangi, Selangor
- UM, Kuala Lumpur
- USM, Pulau Pinang
- UUM, Sintok, Kedah
- UPM, Serdang, Selangor
- UiTM, Shah Alam
- UiTM, Pulau Pinang
- UNITAR, Kelana Jaya, Selangor
- USIM, Nilai, Negeri Sembilan
- MSU
- UMS, Sabah
- INFORMATICS COLLEGE, Kuala Lumpur
- UMT, Terengganu
- UniKL-Miat
- KUTPM, Shah Alam, Selangor
- LIMKOKWING University, Cyberjaya
- UPSI, Tanjung Malim
- UNIMAP, Pahang
- UMP, Perlis
1 comment:
sy ingin masuk kelab ni, tp rase segan dan kurang berani dalam memimpin satu kumpulan yang besar...
Post a Comment