Friday, September 22, 2006

Sidang Kemuncak Kelab Penyayang 2006

Sidang kemuncak kali ketiga yang dijalankan di ESSET Bangi dianggap antara yang paling berjaya. Ahli - ahli Kelab telah memberikan kerjasama yang baik hingga melicinkan perjalanan Sidang Kemuncak Kelab Penyayang dengan gemilang. Kehadiran Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Pengerusi Yayasan Budi Penyayang Malaysia, Puan Nori Abdullah turut memeriahkan upacara Sidang Kemuncak. Syabas dan terima kasih kepada semua yang terlibat.


CEO Yayasan Budi Penyayang bersalaman bersama ahli-ahli kelab


Dr Fazley bersama ahli - ahli dalam slot motivasi "Ice Breaking"


Aktiviti kumpulan

Galeri





Thursday, September 21, 2006



Salam Sejahtera!

Ahli - ahli Kelab Penyayang dinasihatkan untuk mengunakan format log yang sama. Sila gunakan kreativiti anda tetapi kekalkan format yang sama.
Sebarang cadangan sila emailkan kepada kelabpenyayang@penyayang.org.my

Pengumuman: Sila emailkan juga alamat laman web kelab penyayang anda kepada kami.

Terima Kasih


Thursday, July 20, 2006

Sidang Kemuncak Ahli Kelab PENYAYANG

Tarikh: 28 - 30 Julai 2006

---------------------------------------------------

Untuk makluman Penasihat dan Ahli

Tarikh: 28 Julai 2006

Pendaftaran Pelajar : 3.00 petang - 7.00 malam

Program bermula : 8.00 malam

Lokasi: Institut Latihan Keselamatan Sosial

(ESSET),Bandar Baru Bangi

--------------------------------------------------

Sinopsis: Perjumpaan ini adalah acara kemuncak yang diadakan setiap tahun untuk ahli - ahli kelab penyayang yang akan dikelolakan oleh Yayasan Budi Penyayang sendiri. Di perjumpaan ini pelajar digalakkan bertukar - tukar pandangan diantara pelajar dari institusi yang lain.

Wednesday, April 26, 2006

SUMMIT 2005





Sidang Kemuncak Kelab Penyayang telah diadakan pada bulan Ogos 2005 bertempat di ESSET KWSP, Bandar Baru Bangi berjaya mengumpulkan seramai 173 orang ahli Kelab Penyayang dari IPTA dan IPTS seluruh Malaysia. Sidang ini merupakan acara tahunan untuk semua ahli kelab, antara yang menarik adalah temuduga oleh Astro untuk rancangan Misi Suara Hati.

Galeri

Kelab Penyayang



Pengenalan
Kelab Penyayang merupakan sebuah Kelab yang berasaskan konsep yang baru dimana kelab ini dilihat sebagai sebuah Kelab amal yang menjalankan aktiviti-aktivitinya dengan konsisten dan berdisiplin. Kelab Penyayang merupakan sebuah inisiatif Yayasan Budi Penyayang Malaysia di peringkat institusi pengajian tinggi awam untuk memberi siswa-siswi kita peluang untuk mengasah bakat mereka dalam berkhidmat kepada masyarakat yang memerlukan bantuan. Kelab Penyayang dibentuk supaya dapat menjadi teladan kepada persatuan lain di peringkat kampus yang ingin membudayakan semangat kesukerelawan.

Objektif-objektif
Objektif-objektif Kelab adalah :-
a. Untuk mengenalpasti dan mengambil sebuah organisasi kebajikan seperti rumah anak yatim, rumah wargatua atau rumah kanak-kanak istimewa sebagai organisasi angkat, tujuan tersebut adalah untuk memberi bantuan berterusan secara sukarela kepada rumah tersebut.

b. Untuk menolong mahasiswa memahami cara pengurusan organisasi kebajikan supaya mahasiswa dapat menyumbang kepada organisasi-organisasi kebajikan yang memerlukan kepakaran kesukarelawan selepas mereka menamatkan pengajian.

c. Untuk menggalakkan pembentukan sahsiah mahasiswa yang mempunyai sikap penyayang dan saling menghormati antara satu sama lain.

d. Untuk membudayakan kerja sukarela.

Strategi
a) Memilih sebuah organisasi kebajikan yang bersesuaian dan berdekatan dengan kampus masing-masing untuk melaksanakan program dan aktiviti seiring dengan objektif Kelab Penyayang.

b) Memastikan semua ahli Kelab Penyayang terlibat dengan pengurusan seharian atau/dan aktiviti organisasi pilihan secara bergilir-gilir.

c) Memberi peluang kepada semua ahli agar dapat memahami dan menghayati semua aspek perancangan dan perlaksanaan dasar organisasi tersebut.

d) Memastikan Kelab Penyayang dapat berkhidmat dengan organisasi kebajikan yang dipilih secara optimal iaitu sekurang-kurangnya 3 hari seminggu. Ahli-ahli akan menyumbangkan perkhidmatan mereka secara bergilir-gilir.

e) Menyediakan peluang untuk ahli Kelab Penyayang mengaplikasikan apa yang mereka pelajari dari jurusan akademik masing-masing secara kreatif semasa mereka memberi khidmat sukarela untuk pembangunan dan kemajuan organisasi kebajikan yang dipilih.

IPTA DAN IPTS YANG TERLIBAT

  • UTM, Skudai, Johor
  • UKM, Bangi, Selangor
  • UM, Kuala Lumpur
  • USM, Pulau Pinang
  • UUM, Sintok, Kedah
  • UPM, Serdang, Selangor
  • UiTM, Shah Alam
  • UiTM, Pulau Pinang
  • UNITAR, Kelana Jaya, Selangor
  • USIM, Nilai, Negeri Sembilan
  • MSU
  • UMS, Sabah
  • INFORMATICS COLLEGE, Kuala Lumpur
  • UMT, Terengganu
  • UniKL-Miat
  • KUTPM, Shah Alam, Selangor
  • LIMKOKWING University, Cyberjaya
  • UPSI, Tanjung Malim
  • UNIMAP, Pahang
  • UMP, Perlis